Chocolate Brownies

Hmm...resepi ni di tepek dengan kadar segera di atas permintaan Puan Siti Nor Baiyah kita yang tengah berehat di rumah sebab di serang chicken pox....aduhai...sian kat awok.....tak per,nanti dah sihat awak leh wat la brownies ni yer......took this recipe from here tapi dah di ejas2 sikit mengikut lidah saya....hehehe.






Brownies


Bahan2:

125g cooking chocolate (chopped)
100g butter ( chopped)


2 sudu besar serbuk koko
170g (3/4 cawan) gula
1 sudu kecil vanilla extract
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum (kira2 95g)
secubit garam- I ommit this since I was using salted butter

1/2 cawan coklat chips yg di gaul bersama tepung gandum(optional)

Cara2

-panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit

-masukkan coklat masakan dan butter yg sudah di cincang ke dalam mangkuk kaca, dan panaskan di dalam microwave oven pada suhu Medium selama 4 minit ( ataupun cairkan secara double boil, iaitu...mangkuk kaca di letakkan ke atas periuk yg berisi air menggelegak dan biarkan coklat dan butter mencair)

- setelah itu, masukkan gula dan serbuk koko dan esen vanilla ..kacau2 biar rata dgn menggunakan spatula atau whisker atau senduk kayu sahaja.

- kemudian pecahkan dan masukkan telur sebiji-sebiji..sambil mengacau...

-selepas itu masukkan pula tepung dan coklat cip.

- tuang ke dalam loyang pembakar yg sudah di lapik dengan kertas serta di gris, dan bakar di dalam oven selama 30 minit, atau pun sehingga masak (cucuk brownies dengan lidi satay dan jika ada sedikit adunan tepung melekat di hujung lidi, maknanya brownies sudah siap. Jangan terlebih masak)

- ketika brownies masih panas, potong brownies dalam bentuk empat segi tepat dengan tanpa mengeluarkan ia dari loyang. Biarkan borwnies menyejuk sebelum menikmati nyer.

Selamat mencuba !

note: permukaan brownies sepatutnyer agak mengeras apabila sudah menyejuk pada suhu bilik manakala the flesh is still moist and yummy !! This is how a brownie should look and taste like.

Comments

lala said…
can i have this in english? I love this brownies

Popular Posts