Classic Italian Pizza
Made this pizaa last week. My kids' favourite ! Kalau ada left over leh simpan and wat brekfes besok pagi....
Pizza
Doh.
Bahan2:
150g tepung gandum
150g tepung pau
2 1/2 sudu kecil instant yeast (yis segera)
secubit garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan air (250ml)
Topping:
1 botol sos spaghetti segera
parutan mozarella cheese
parmesan cheese (optional)
hirisan sosej atau pepperoni
isi ayam, nenas, bawang, capsicum,
serta apa2 topping yg anda suka
Cara2:
- masukkan semua bahan2 kering di dalam mangkuk ,gaul2 biar rata. Kemudian buatkan satu lubang di tengah.
- masukkan air di lubang tadi dan minyak zaitun, gaul2 sebati dgn tepung hingga licin dan tidak melekat di tangan. (Jika masih melekat2, cuma celup2 kan tangan dalam tepung dan uli lagi).
-adunan sepatutnyer terasa lembut dan elastik.
-tutup bekas berisi adunan pizza tadi dan biarkan doh kembang dua kali ganda, kira2 30 minit.
-setelah doh dah mengembang, tumbuk2 doh utk keluarkan angin dan uli2 lagi hingga licin.
- bahagi kan adunan kepada 3 bahagian dan uli setiap bahagian menjadi bebola.
- ambil satu bahagian, canaikan hingga leper dan letakkan di atas loyang pembakar yg sudah di di gris dengan minyak/butter/marjerin. Setiap kepingan pizza biarla sederhana tebal supaya rasa doh dan topping nyer seimbang.
- sementara itu panaskan oven pada suhu 180'C
- sudukan kira2 3 sudu besar soso spaghetti ke atas doh, sapu rata
-taburkan pula parutan mozzarella cheese dan parmesan cheese
-letakkan pula topping pilihan anda seperti sosej, isi ayam, bawang, capsicum, nenas, apa2 topping yg anda suka hingga menutupi seluruh permukaan pizza.
- dan tabur lagi parutan mozzarella cheese hingga rata ,the more the cheese, the tastier...hhehehe.
-kemudian bakar la di dalam oven kira2 20-25 minit, atau sehingga cheese mencair dan agak garing. (sila guna api atas dan bawah ketika membakar).
-
Comments
cantik jugek kan piza 4 segi
x pena wat 4 segi slalu bulat aje :)