Pengat Pisang
Lama betul saya tak buat pengat pisang. So hari tu beli la pisang....biasanye saya goreng jer, pastu tiba2 rasa macam nak makan pengat pisang ngan pulut. Ha...kalau kat tempat saya di Kelantan memang biasa makan pengat pisang dengan pulut. Kalau kat tempat suami saya memangla dia orang tak pernah jumper orang makan pengat pisang dengan pulut. Mula2 tu saya tanak sikit ajelah pulut, assuming that I'll be the only one yang akan makan dengan pulut...alih2 anak2 pon suka jugak makan dengan pulut, tak cukup la pulak...terpaksa la kukus pulut sekali lagi. Senang je buat pengat pisang ni...
Pengat Pisang
Bahan2:
8 biji pisang abu,pisang nangka pon sedap jugak (oghe kelate panggil pisang kebatu...),
di buang kulit dan di potong serong 3 bahagian
1/2 ketul gula melaka
2 sudu besar gula pasir
3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
secubit garam
Cara2:
- masukkan ke semua bahan2 ke dalam periuk dan masak la di atas api yang sederhana besar.
- kacau sekali sekala hingga menggelegak serta pisang pula sudah masak dan lembut.
-apa bila sudah masak..tutup api dan boleh di hidang kan sebagai pemanis mulut atau untuk minum petang. Boleh di makan begitu sahaja atau di campur dengan pulut.
Pulut Kukus
saya kalau nak makan pulut..saya suka kukus dari tanak, sebab ...kalau di kukus pulut nyer elok je cantik pastu pulak..tak berkerak...periuk pon senang di basuh.
Bahan2:
1 cawan beras pulut, di bersihkan dan di rendam selama 1 jam
air
Cara2:
- masukkan beras pulut yg sudah di rendam ke dalam loyang
- sementara itu panaskan kukusan
- masukkan air...sekadar melepasi permukaan beras pulut
- kemudian kukus la kira2 15 minit, sehingga pulut masak dan lembut.
- siap.
Comments