Saturday, April 18, 2009

Pau


Hmm....atas permintaan my new blogger fren Ainazli ni saya tepek resepi pau yg saya buat baru2 ni. Anak2 memang suka banget makan pau and inti misti lah inti kacang hitam...kalau inti lain budak2 ni tak makan...macam mak nye la jugak. This recipe is taken from here. Cuma saya ada ubah2 sikit mengikut selera dan style saya.Hehehe.....





Pau (Steamed Bun)

Bahan2:
500g tepung pau atau tepung hongkong
240ml water
1,1/2 teaspoon instant dry yeast
50g sugar
a pinch of salt
10g shortening (kira2 1 sudu besar)
1,1/4 teaspoon double acting baking powder (kalau guna baking powder biasa guna 2 sudu kecil)

kertas putih utk melapik pau yg di potong2 4 segi kecil.


Inti:
readymade inti kacang hitam (boleh dibeli di kedai2 or supermarket.)


Cara2:
- campurkan kesemua bahan2 kering hingga rata...kemudian masukkan air dan uli hingga sebati.
-setelah itu barulah masukkan shortening, uli lagi hingga adunan licin dan tidak melekat di tangan.
- biarkan adunan mengembang di dalam mangkuk bertutup sehingga 2 kali ganda.
- apabila adunan sdah kembang, tumbuk2 untuk kelaurkan angin, dan bentukkan bola2 kecil dan masukkan inti yg anda suka, kari ayam, kaya, coklat, sardin ker.... In my case...inti kacang hitam.
- lapikkan pau dengan kertas.
- sediakan kukusan
-kukusla pau kira2 10 minit.
- sedia utk di makan.



note:Pau yg sudah di kukus boleh di sejukbekukan. Pastikan pau sudah betul2 menyejuk pada suhu bilik sebelum di masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam tempat sejuk beku di peti ais. Apabila hendak makan, kukus balik pau kira2 5 minit.

No comments: