Sunday, April 19, 2009

Butter Prawn



Udang ni dah lama dah buat, cumer baru rasa macam nak letak kat blog,hehehe. Resepi nye mcm dah tepek la....tp kali ni wat tak letak egg floss pon....As usual bila wat butter prawn misti nak basah2 sikit, sebab anak2 and Mr. Mokhsin suka makan kuah dia tu.

Atas permintaan my fren Halen...ni la resepi simple butterprawn ku ini...nanti cuba yer...!

Bahan2:

1/2 kg udang sederhana besar, di belah belakang dan di bersihkan

2 ulas bawang putih,di cincang
1 biji cili hijau, di cincang
5 ulas cili padi, di potong kecil (jika tak suka pedas, leh kurangkan)


di campur bersama:
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan air (jika suka berkuah, lebih kan)
satu sudu besar tepung jagung
sedikit garam


3 sudu besar marjerin (1 sudu besar utk menumis, 2 sudu besar utk goreng udang)
1 sudu besar minyak masak


Cara2:

-panaskan kuali dan cairkan marjerin bersama minyak masak di dalam kuali hingga panas
- gorengkan udang hingga masak dengan api yang besar.
-kemudian angkat udang dan masukkan ke dalam pinggan


utk sos nyer:
- panas kan marjerin di dalam kuali
- besarkan api, tumis kan bawang putih, cili hijau dan cili padi hingga wangi
-masukkan campuran susu pekat manis, air,tepung jagung dan garam ke dalam kuali, kacau2 hingga nampak agak pekat..kemudian tutup api
- tuangkan sos ke atas udang.
- sedia untuk di ngap.Hehehe...


note: selain udang, boleh juga guna lobster atau ketam .Lobster dan ketam hendaklah di kukus instead of di goreng.

1 comment:

halen said...

janna.. nmpk sedap la butter prawn tu minta resepi. alin buat aritu tak berapa lawa la pastu kering jer huhuh. yg ni menarik tertarik laaa..