Monday, April 20, 2009

Asam Rebus Batang Keladi



Ni pulak kiranya masakan kampung lah nih. Dulu2 memang tak penah makan batang keladi nih. Actually, memang tak tahu pon batang keladi ni boleh di makan sebab my mom tak pernah masakkan pon. Pastu bila dah besar2 sikit...campo and kawan ngan memacam orang..baru la tahu batang keladi boleh di makan. Festaim makan masa kat umah mertua. Dia kata...masak lemak siput sedut ni sedap kalau letak batang keladi. Saya suka aje cuba benda baru. And memang sedap lah. Saya jumper resepi ni kat dalam buku resepi dalam majalah Mingguan wanita tuh. So...saya cuba lah...memang sedap . Selain batang keladi, nak wat masak asam rebus kepala ikan pon sedap jugak.






Asam Rebus Batang Keladi

Bahan2:
1 ikat batang keladi, di potong kira2 3 inci panjang, dibersihkan dan di rebus hingga empuk

Bahan2 utk di kisar:
1 biji bawang besar atau 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
10 ekor ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam
3 tangkai cili kering
2 keping asam keping

garam dan gula secukup rasa.
air secukupnyer.



Cara:
-masukkan kesemua bahan2 ke dalam periuk ,kecuali batang keladi.
- rebus hingga mendidih
- setelah mendidih barulah di masukkan batang keladi, biarkan ia mendidih sedikit lagi.
- Kemudian boleh la di matikan api dan sedia untuk di nikmati.

Senang kan?

1 comment:

iena hamdi said...

kak kalau masak siput sedut lemak cili api.. pun sedap kalau letak batang keladi tu kak