Isi Ayam Goreng dengan Bawang



My kids kan kalau makan ayam suka makan part peha, kepak, belakang ker...kalau part dada sangat2 la tak suke...(contrary with me....I suker dada...makan part tu je, part lain tak makan,hehehe) nak2 kalau masak kari or goreng. Macam ayah diaorang la...tak makan dada. Selamat la saya....sebab tader nak berebut ngan orang lain ...hahaha...dada sah2 saya punyer. Tapi tu kan..kalau time2 kat peti ais tinggal part dada je...susah jugak la...last2 saya dapat idea cemaner nak bagi diaorang jugak part dada ayam ni. Saya slice bahagian dada tu kecik2...agak2 cam saiz yang kita nak masuk kat dalam tomyam atau mee goreng..pastu saya goreng macam resepi kat bawah. Laju la pulak diaorang makan...hehehe.





Isi Ayam Goreng dengan Bawang.

Bahan2:

1 cawan isi ayam bahagian dada ( dipotong kecil ,setebal 5mm)
secubit garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 cawan minyak masak untuk menggoreng
sebiji bawang besar di potong wegdes (jika suka)

Cara2:

- di dalam satu mangkuk, satukan isi ayam, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari ayam dan gaul rata.
- setelah itu, panas kan minyak di dalam kuali (kuantiti minyak macam nak goreng ayam seketul2 tu..)
-setelah minyak betul2 panas, masukkan isi ayam tadi dan goreng lah hingga masak kira2 3 minit sahaja. (Memandangkan isi ayam tu telah di potong kecil2 maka masa memasak nyer juga sekejap sahaja)
- setelah ayam masak, angkat dan masukkan ke dalam pinggan yg di lapik tisu untuk menyerap lebihan minyak.
- goreng pula bawang besar yg di wedges hingga wangi dan layu....angkat dan tos kan lebihan minyak.

- tabur kan bawang besar yg di goreng tadi ke atas ayam dan boleh la dimakan. Hehehe...

Comments

Anonymous said…
salam,
saya pernah gak wat ayam cam ni,anak2 memang suka...tapi tak letak kari,pasti letak kari lagi sedap...boleh cuba ni.
boleh cuba ima....byk mana nak letak tu terpulang, kalau sker pedas2 kari, letak la byk sikit.
iena hamdi said…
heheh good idea gak ni kak janna... nanti akan di cuba...

selalu kalau mcm ni iena masak daging kak... jadi daging goreng .. sedap jugak cuma lama la sikit nak kena masak almaklum daging kan...
Mrs Hardlena said…
part dada ni isi solid tu yg x best. klu kt umah mmg x laku la. slalu wat rencah utk masakan jer hehe..
iena: ooo iena wat ngan daging yer...boleh jugak akak cuber

halen: ha tu lah kan, dada ni nak kena kena cara masak baru sedap la kan? hiris nipis2...and masak sekejap jer, even nak buh dalam mee goreng ke...dalam tomyam ke, buh masa last2 and masak 2,3 minit jer, baru la lembut and sedap.

Popular Posts