Monday, February 23, 2009

Gulai Darat Ayam



Saya tak tahu la kenapa gulai ni di panggil gulai darat. Tapi gulai ni orang biasa makan ngan nasi dagang lah. Saya tak ada resepi khas masa masak gulai ni, saya main taram je, hehehe. Nak tepong my mom tanya...malas la plak....so redah and agak2 je lah. Ini lah resepi gulai darat ayam yang saya main taram jer.....





Gulai Darat Ayam


Bahan2:
1 ekor ayam (dipotong 12, dan di bersihkan)
1 biji bawang besar (bawang bombay tu) atau pun 7 ulas bawang merah (di mesin halus)
2 ulas bawamg putih ( di mesin halus )
2 inci halia, di ketuk
1 packet rempah gulai darat
2 cawan air
1 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1/2 kerek gula melaka (kira2....1/4 ketul gula melaka tu laa...)
3,4 biji cili hijau

Cara2:
- masukkan ayam dia dalam periuk dan gaul bersama bawang besar, bawang putih, halia,rempah gulai darat, 1 cawan air, garam dan gula. Hidupkan api, tutup periuk dan masaklah ayam di atas api yang kecil kira2 20 minit.
- apabila sudah menggelegak, masukkan 1 cawan air lagi berserta santan pekat dan gula melaka dan cili hijau. Kacau2 biar rata.
- biarkan ia mereneh.
-apabila gulai sudah masak, boleh la di hidang.

4 comments:

ima said...

mmm!!!...sedap jugak ni.macam ni rupanya nak buat gulai darat.rajin betullah u masak...

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

hehehe..ni tgh rajin...kalu time malas ya rabbi....! tak dapek eden nak nolong,hehehe.

Mieza said...

Sebenarnyer gulai darat hendaklah dimasukkan ketumbar, lengkuas, kunyit, asam keping dan kerisik. Yg lain semua dah OK. :)

zianiza said...

salam... boleh tau kat mana nak cari rempah gulai darat? mcm x pernah jumpa la.. thx ya... :-D