Tuesday, February 10, 2009

Butter Lobster




Ha...baru2 ni masa aku pegi Labuan, dapat la beli lobster 2kg lebih.....ada la dalam 6 ekor...orait la saiz nyer, tak besar sangat dan tak kecik sangat, sedang2 and semuat my pengukus, hehehe. So dok fikir2 la nak masak cemaner sbb sebelum ni tak penah makan pong lobster...yerlah.....lain la kalu orang kaya..dah tak heran dah makan lobster ni kan? Sekali dok blog hop, tengok kat blog my fren Iena ni dia wat butter lobster...wah sangat la menarik and yang penting sangat la sonang....so I gave it a try. Sedap yang amat! Sesuai juga kalau nak masak ketam or udang. Tengkiu Iena for the delicious recipe!

So ini la resepi nyer....simple jer.



Butter Lobster


Bahan2:

lobster/ketam/udang/ (dibersihkan)




Bahan2 sos: (campurkan kesemua di dalam satu mangkuk)
4 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa

Bahan2 utk tumis:
2 ulas bawang putih, dicincang (chopped garlic)
3 biji cili padi (chopped)- kalau tak suke pedas sangat leh tukar ngan cili besar je.
1 sudu minyak untuk menumis
3 sudu besar butter atau marjerin.



Cara2:
-lobster di bersihkan dan di belah belakang
-sementara itu panaskan kukusan.
-letakkan lobster di dalam pinggan, kemudian kukus la kira2 10 minit (bergantung kepada saiz dan kuantiti lobster, kalu banyak or besar, lama sikit)
-bila dah masak, ketepikan.

untuk sos:

-panaskan minyak dan butter di dalam kuali
- kemudian tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.
-seterusnya masukkan campuran susu, air, garam, dan tepung jagung. Kacau2 hingga nampak sos sedikit pekat, kemudian tutup api. Tuang kan ke atas lobster yang sudah di kukus tadi.
- hidangkan panas2.



Seamonster......ekekeke...


3 comments:

iena hamdi said...

ish ish malu saya

MamaFaMi said...

Sedap ni, tapi lobster tu mahal kan?

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

iena: nak malu aper plak....

mamafami: mmg sedap mama, ni saya beli kat Labuan, murah skit...kalau tak ..mmg tak tahu bila la bulih makan..huhuhu