Saturday, September 6, 2008

Shortbread Batik

ShortBread Batik (copy paste dari MakLang's FP)

Bahan (utk base biskut)

240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (biar terjuntai sikit supaya mudah biskut
dikeluarkan nanti)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau
sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan
biskut dlm bekas kedap udara.

No comments: