Begedil Daging (Potato Meatball)



Owh, saya suker sangat makan begedil. Nak2 lagi kalau makan ngan soto, tak sah kalau tader begedil. Kalau saya buat nasi ayam pon saya suker kalau ada begedil. Setahu saya begedil ni makanan orang2 jawa kan.....ada orang sebut bergedil..ada yang sebut pegedil.....tp anak saya Laila sebut BEDEGIL,hihihihi...so hari ni saya nak share resepi cemaner nak wat begedil.




Begedil Daging (Potato Meatball)

2 keping daging burger (di goreng separuh masak)
5 biji kentang yang dipotong wedges, di goreng (deep fry) hingga masak dan empuk
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar daun sup dihiris
garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara2:
-tumbuk daging burger hingga hancur kemudian masukkan ke dalam satu mangkuk besar
- tumbuk pula kentang yang sudah digoreng sampai lumat ,campurkan dengan daging yg sudah di tumbuk tadi
- masukkan daun sup ,garam serta serbuk lada putih
-gaul hingga semua bahan2 sebati
-setelah semua sudah sebati bulat2 kan kira2 sebsar bola ping pong. Pastikan selepas di bulatkan, leperkan sedikit bebola tu supaya senang di balik2 kan ketika di goreng.

Cara menggoreng:
- panaskan kira2 2 cawan minyak di dalam kuali.
- sementara menunggu minyak panas, pecah kan sebiji telur di dalam mangkuk, pukul sedikit biar kuning dan outih telur bercampur.
- ambil satu begedil, celupkan ke dalam telur dan pastikan keseluruhan permukaan begedil itu di salut sempurna dengan telur.
- goreng di dalam minyak hingga begedil nampak garing dengan api yang sederhana besar ,begedil yang cukup garing mudah untuk di balikkan.
- apabila begedil sudah cukup garing angkat dan toskan di atas tisu dapur.
- Boleh la di hidang dengan nasi atau di makan begitu sahaja.

Comments

ise3339 said…
wahh..bestnye 'bedegil' ni..he2
dulu kak ngoh suke wat begedil tuna..best jugok..
ooyeker..? leh cuber nih...

Popular Posts