Wednesday, September 10, 2008

Mee Goreng Mamak (Fried Mee, Mamak's Sytle)



Kadang2 kalau dah tader idea nak masak saya wat mee goreng ni jer untuk dinner. Senang pong senang and yang penting anak2 and suami suker. Mari kita tengok resepi nye yer...!


Mee Goreng Mamak (4 orang makan)
Bahan2:

400g mee kuning (di bilas dan di potong sikit)
5 ulas bawang merah, di tumbuk
2 ulas bawang putih, di ketuk
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili sos
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
sedikit serbuk pati ayam
1 cawan air

isi ayam , di potong kecil ( bite size)
sedikit bahagian ayam yg bertulang (seperti leher ayam, dipotong kecil)
udang, di buang kulit dan belah belakang nyer,
fishball dan fish cake (berapa byk yg anda suka)
tauhu (di goreng dan di potong dadu)

sayur sawi, dipotong
taugeh, di bersihkan.
2 biji telur ayam , di pukul sedikit.

3 sudu besar minyak untuk menumis



Cara2:

- panas kan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih, bawang merah hingga wangi.
- masukkan cili boh, kacau2 lagi hingga cili nampak garing ( warna cili bertukar menjadi sedikit gelap)
- masukkan bahagian ayam yg bertulang, dan bila ayam sudah nampak pucat, masukkan air.
-masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap manis, garam gula, kemudian besarkan api biarkan hingga mendidih
- apabila sudah mendidih, masukkan telur..kacau2 sedikit kemudian baru lah masukkan fishball/fishcake, ayam ,udang dan tauhu.
- masukkan mee kuning.....kacau rata. Jika suka boleh masukkan sedikit kicap lagi.
- apabila mee sudah di salut rata, masukkan taugeh dan sayur sawi...kacau2 lagi hingga nampak sayur2 agak layu.
- tutup api dan hidangkan di dalam pinggan.



serving suggestions :
- taburkan dengan daun sup dan bawang goreng dan potongan limau nipis untuk di perah apabila nak makan.

Mee Goreng ni sedap di makan panas2. Selamat mencuba!

3 comments:

sky said...

yang, apa beza mee biasa ngn mee gorg mamak? nmpk mcm sama je.

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

some mee goreng biasa dia letak oyster sos....ini mee goreng mamak tak letak....lagi satu mee goreng mamak letak manyak telur...and misti ada itu tauhu.....baru sedap....hehehe.

Lt Kol (B) Hj Kamaruzaman A Latiff said...

yang mee biasa tu biase je! yang mamak tu mungkin hitam dan legam sikit kot?