Tuesday, September 23, 2008

Almond London Cookies

ni gambar tahun lepas nie...hehehe...


Sebelum ni memang tak pernah teringin pon nak cuber buat biskut ni sebab arasa macam susah jer. Tapi entah macam tiba2 rasa nak cuber buat masa nak raya tahun lepas. So carik la resepi..memang banyak resepi almond london ni tapi aku berkenan ngan resepi kat bawah ni so aku try la...bila dah try....la...tader la rumit mana nak wat biskut ni....in fact bulih wat pelan2 and berperingkat2...mula2 bakar badam dulu. Pastu simpan kat bekas kedap udara. Agak2 rasa mcm dah ada mood nak wat biskut baru la start.....pastu agak2 kalu macam tak sempat nka celu coklat bulih jer simpan gitu jer dulu tanpa di celup coklat, janji simpan elok2 laa...jgn biar masuk angin...nanti bila dah free2 lagi bulih la just cairkan coklat and celup la biskut tu satu2...siap. Okay la kan? Resepi ni saya amik dari forum Cari.com.my....resepi dari forummer Magnolia



Biskut Almond London [Magnolia]


250gm butter
150gm gula aising
450gm tpg gandum
1 biji kuning telur
2 sdt emplex
badam berkulit (bakar)
badam cincang (bakar)

topping:-
coklat masakan
spry

cara:-
mix butter ngan gula kasi sebati..
masuk kan telur..kacau2 jap
campur tepung ngan emplex..uli jap..
ambil tepung sket..masukkan badam berkulit ..wat kasik lonjong2..
pastu bakar 180'C..dlm 10 min atau sampai masak ler..
sejukkan..pastu tarok topping..n tabur badam cincang

resepi neh simple tapi mmg sedap bcoz biskut tu tak lemau..
sesetengah almond london neh dier lemau bile tarok choc..
lagi satu tujuan boh emplex tu utk elak biskut masuk angin masak kita dok tarok choc tu..pastu nk keraskan choc..biskut terbiar lamer kat luar ..kan..so kalu boh emplex neh tak de le biskut jadik lemau

*tepung tu pon taruk sket2..jgn tuang sume skali..sambil tu uli ler..kalu rase dh cukup lembut tak yah boh abes..adunan neh tak leh keras sgt..nnt mase nk boh badam tu ..dier cam tak leh nk kepal2 jadik lonjong tuh..


Wednesday, September 10, 2008

Mee Goreng Mamak (Fried Mee, Mamak's Sytle)



Kadang2 kalau dah tader idea nak masak saya wat mee goreng ni jer untuk dinner. Senang pong senang and yang penting anak2 and suami suker. Mari kita tengok resepi nye yer...!


Mee Goreng Mamak (4 orang makan)
Bahan2:

400g mee kuning (di bilas dan di potong sikit)
5 ulas bawang merah, di tumbuk
2 ulas bawang putih, di ketuk
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili sos
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
sedikit serbuk pati ayam
1 cawan air

isi ayam , di potong kecil ( bite size)
sedikit bahagian ayam yg bertulang (seperti leher ayam, dipotong kecil)
udang, di buang kulit dan belah belakang nyer,
fishball dan fish cake (berapa byk yg anda suka)
tauhu (di goreng dan di potong dadu)

sayur sawi, dipotong
taugeh, di bersihkan.
2 biji telur ayam , di pukul sedikit.

3 sudu besar minyak untuk menumis



Cara2:

- panas kan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih, bawang merah hingga wangi.
- masukkan cili boh, kacau2 lagi hingga cili nampak garing ( warna cili bertukar menjadi sedikit gelap)
- masukkan bahagian ayam yg bertulang, dan bila ayam sudah nampak pucat, masukkan air.
-masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap manis, garam gula, kemudian besarkan api biarkan hingga mendidih
- apabila sudah mendidih, masukkan telur..kacau2 sedikit kemudian baru lah masukkan fishball/fishcake, ayam ,udang dan tauhu.
- masukkan mee kuning.....kacau rata. Jika suka boleh masukkan sedikit kicap lagi.
- apabila mee sudah di salut rata, masukkan taugeh dan sayur sawi...kacau2 lagi hingga nampak sayur2 agak layu.
- tutup api dan hidangkan di dalam pinggan.



serving suggestions :
- taburkan dengan daun sup dan bawang goreng dan potongan limau nipis untuk di perah apabila nak makan.

Mee Goreng ni sedap di makan panas2. Selamat mencuba!

Saturday, September 6, 2008

Shortbread Batik

ShortBread Batik (copy paste dari MakLang's FP)

Bahan (utk base biskut)

240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (biar terjuntai sikit supaya mudah biskut
dikeluarkan nanti)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau
sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan
biskut dlm bekas kedap udara.

Friday, September 5, 2008

Bubur Kacang HIjau (Green Bean Porridge)

Bubur kacang hijau ni peberet my second doter, Laila. Kalau ada bubur ni, tak makan nasi pon tak pe, asyik nak makan bubur jer. Pagi petang siang malam. Buat bubur ni senang jer....rasa nyer semua orang tahu kan? Tapi kita kongsi2 jugak la resepinyer.




Bubur Kacang Hijau ( Green Benas Porridge)

Bahan2:
300g kacang hijau ( bersihkan dan bilas beberapa kali dengan air, kemudian rendam kira2 30 minit)
a lot of water (the more, the better)
secubit garam (a pinch of salt)
1/2 cawan santan pekat (fresh or packed) @ 3 sudu besar serbuk santan segera
3 sudu besar gula pasir ( sugar)
1 ketul gula melaka , di potong kecil2(palm sugar cut into small cubes, around 150g)
a piece of pandan leaf (for the aroma)

Method:

- Masukkan kacang hijau yg sudah di rendam tadi ke dalam satu periuk yg besar. (Agak2 1/2 full)
- isi kan air kira2 3/4 penuh periuk dan tutup periuk.
- rebuskan kacang dengan api yg kecil hingga kacang empuk (kira2 satu jam).Macam nak tahu kacang dah empuk...bila kacang2 tu dah nampak pecah2 dan tak keras lagi dah empuk la tu. Jika air nampak kering, tambah air lagi biar nampak berkuah.
- setelah kacang dah empuk, masukkan sedikit garam, gula pasir dan gula melaka, kacau2 biar rata .
- Apabila bubur sudah menggelegak, masukkan pula santan serta daun pandan.
- Biarkan bubur merenih tanpa periuk di tutup kira2 15 minit.
- Setelah itu tutup api dan bulih la di hidang.




*Sedap di makan begitu sahaja atau pon di cicah dengan roti. Boleh juga di masukkan ke dalam plastik2 kecil , di sejuk bekukan dan di jadikan aiskrim. Ada orang suker campur sagu...ada yang suka campur durian.....tp saya suka makan macam tu jer.....sebab saya tak suker ada rasa lain yg mengganggu rasa asli kacang hijau tu...

cubala !

Thursday, September 4, 2008

Begedil Daging (Potato Meatball)



Owh, saya suker sangat makan begedil. Nak2 lagi kalau makan ngan soto, tak sah kalau tader begedil. Kalau saya buat nasi ayam pon saya suker kalau ada begedil. Setahu saya begedil ni makanan orang2 jawa kan.....ada orang sebut bergedil..ada yang sebut pegedil.....tp anak saya Laila sebut BEDEGIL,hihihihi...so hari ni saya nak share resepi cemaner nak wat begedil.




Begedil Daging (Potato Meatball)

2 keping daging burger (di goreng separuh masak)
5 biji kentang yang dipotong wedges, di goreng (deep fry) hingga masak dan empuk
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar daun sup dihiris
garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara2:
-tumbuk daging burger hingga hancur kemudian masukkan ke dalam satu mangkuk besar
- tumbuk pula kentang yang sudah digoreng sampai lumat ,campurkan dengan daging yg sudah di tumbuk tadi
- masukkan daun sup ,garam serta serbuk lada putih
-gaul hingga semua bahan2 sebati
-setelah semua sudah sebati bulat2 kan kira2 sebsar bola ping pong. Pastikan selepas di bulatkan, leperkan sedikit bebola tu supaya senang di balik2 kan ketika di goreng.

Cara menggoreng:
- panaskan kira2 2 cawan minyak di dalam kuali.
- sementara menunggu minyak panas, pecah kan sebiji telur di dalam mangkuk, pukul sedikit biar kuning dan outih telur bercampur.
- ambil satu begedil, celupkan ke dalam telur dan pastikan keseluruhan permukaan begedil itu di salut sempurna dengan telur.
- goreng di dalam minyak hingga begedil nampak garing dengan api yang sederhana besar ,begedil yang cukup garing mudah untuk di balikkan.
- apabila begedil sudah cukup garing angkat dan toskan di atas tisu dapur.
- Boleh la di hidang dengan nasi atau di makan begitu sahaja.