Tuesday, February 24, 2009

Photos



Actually kek ni dah lama buat...hujung tahun lepas untuk Cikgu Ema Suriati. Dia wat untuk jamuan akhir tahun kelas dia.....gambar kek ni baru terjumper dalam tepong, so baru la bulih upload.

Monday, February 23, 2009

Gulai Darat Ayam



Saya tak tahu la kenapa gulai ni di panggil gulai darat. Tapi gulai ni orang biasa makan ngan nasi dagang lah. Saya tak ada resepi khas masa masak gulai ni, saya main taram je, hehehe. Nak tepong my mom tanya...malas la plak....so redah and agak2 je lah. Ini lah resepi gulai darat ayam yang saya main taram jer.....





Gulai Darat Ayam


Bahan2:
1 ekor ayam (dipotong 12, dan di bersihkan)
1 biji bawang besar (bawang bombay tu) atau pun 7 ulas bawang merah (di mesin halus)
2 ulas bawamg putih ( di mesin halus )
2 inci halia, di ketuk
1 packet rempah gulai darat
2 cawan air
1 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1/2 kerek gula melaka (kira2....1/4 ketul gula melaka tu laa...)
3,4 biji cili hijau

Cara2:
- masukkan ayam dia dalam periuk dan gaul bersama bawang besar, bawang putih, halia,rempah gulai darat, 1 cawan air, garam dan gula. Hidupkan api, tutup periuk dan masaklah ayam di atas api yang kecil kira2 20 minit.
- apabila sudah menggelegak, masukkan 1 cawan air lagi berserta santan pekat dan gula melaka dan cili hijau. Kacau2 biar rata.
- biarkan ia mereneh.
-apabila gulai sudah masak, boleh la di hidang.

Nasi Dagang Kelantan



Selama2 saya kawin ni (yelar..sebab dah kawin baru nak bajar masak, hehehe) saya tak pernah lagi nak cuba buat Nasi Dagang Kelantan walau pun saya suka sangat makan. Salah satu sebab nyer kat Sabah ni mana la nak cari beras nasi dagang tu.....pastu lagi satu saya rasa cam susah jer nak wat nasi dagang. Hehehe....macam2 la alasan kan? Jadi nak2 tak nak terpaksa la saya makan nasi dagang setahun sekali je...tima balik kampung, Tapi baru2 ni masa balik dari kampung saya bawak sekali beras nasi dagang sekilo. Jadi bila dah ada beras tu dah tader alasan la kan...lagipon kalau tak buat2 jugak...sayang la pulak beras tu nanti rosak. So baru2 ni saya pon cuba la buat...alhamdulillah jadik......suker..suker....lenkali leh buat lagik. Saya amik resepi kat Forum Cari (credit to forumer Index)...tp saya olah skit ikut cara my mom buat. Okay ..!






Nasi Dagang Kelantan

1 kg beras nasi dagang
1/2kg santan segar
2 cawan air panas
2 sd besar halba
20 ulas bawang merah
4cm halia


Cara
1. Rendam beras semalaman.
2. Hiris bawang dan halia menjadi super duper nipis.
3. Masakkan santan pekat dlm periuk bersama2 dgn bawang dan halia hiris serta halba. Sentiasa dikacau sehingga mendidih. Rasakan masin dan manisnya. Bagi org Kelantan..of course lah kena manis sikit kan. Bila mendidih, angkat dan ketepikan.
5. Beras di basuh bersih dan ditos.
6. Panaskan kukusan. Sementara menunggu kukusan panas, masukkan beras dalm dulang pengukus. Tak perlu lapik dgn apa2 bahan pun sebab beras ni melekat2 dan kalau jatuh kebawahpun tak banyak. Tekan bagi padat tetapi jgn terlalu mampat.
7. Kukus selama 20 25 minit.
8. Keluarkan beras dari kukusan dan pindah masuk ke dlm besen.
9. Gaulkan beras dgn air. Tak perlu bubuh garam.
10. Pindahkan balik beras ke dalam dulang kukusan. Tekan sedikit tetapi jgn terlalu mampat.
11. Kukus semula dalam 25 , 30 minit lagi.
12. Angkat beras dari kukusan dan masukkan ke dalam besen.
13. Tuangkan santan pekat yang dimasak bersama bawang dan halia tadi sedikit-sedikit. Saya biasa buh dlm 2 atau 2 1/2 cawn jer, takmo kasik terlalu basah.. Gaulkan biar mesra. Pindahkan ke dlm bekas yang lain bila hendak menghidang. Tekan biar padat. Hidang bersama telur rebus,gulai ikan tongkol dan udang serta gulai darat ayam,

Saturday, February 21, 2009

Kari Sardin



Masa festaim saya dengar sardin yang dalam tin tu bulih di buat kari memang saya terkejut. Tak pernah saya makan pon. Bila saya dapat resepi nyer dari my fren Fisya saya pon cuba lah. Sebelum ni dok masak camtu jer....boring la jugak. Sardin ni bukanlah hidangan wajib kat umah ni, tp tin sardin tu mmg at least sebulan sekali mesti beli and ada kat dalam almari...bukan ape....time2 kesuntukan masa and lauk basah dah habis, leh la masak sardin. Lagipun sekali sekala makan sardin ni, sedap jugak kan? So ini lah resepi yang saya amik dari sahabat saya.






Kari Sardin (cukup utk 2 orang makan)

Bahan2:
1tin kecil ikan sardin
2 ulas bawang merah (dihiris atau ditumbuk)
1 ulas bawang putih (dihiris atau ditumbuk)
satu sudu besar serbuk kari ikan
1 cawan air
1 biji kentang di potong wedges dan di goreng dahulu hingga masak
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Cara2:
- panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi
- masukkan serbuk kari, kacau2 sedikit dan masukkan pula ikan sardin dengan sos tomato nyer sekali.
- tuangkan pula air ke dalam periuk, masukkan agara ,gula serta ubi kentang .Kecilkan api dan biarkan ia mendidihkan sekejap.
- bila dah mendidih, tutup api dan boleh la di hidang dengan nasi putih.

Thursday, February 19, 2009

Isi Ayam Goreng dengan Bawang



My kids kan kalau makan ayam suka makan part peha, kepak, belakang ker...kalau part dada sangat2 la tak suke...(contrary with me....I suker dada...makan part tu je, part lain tak makan,hehehe) nak2 kalau masak kari or goreng. Macam ayah diaorang la...tak makan dada. Selamat la saya....sebab tader nak berebut ngan orang lain ...hahaha...dada sah2 saya punyer. Tapi tu kan..kalau time2 kat peti ais tinggal part dada je...susah jugak la...last2 saya dapat idea cemaner nak bagi diaorang jugak part dada ayam ni. Saya slice bahagian dada tu kecik2...agak2 cam saiz yang kita nak masuk kat dalam tomyam atau mee goreng..pastu saya goreng macam resepi kat bawah. Laju la pulak diaorang makan...hehehe.





Isi Ayam Goreng dengan Bawang.

Bahan2:

1 cawan isi ayam bahagian dada ( dipotong kecil ,setebal 5mm)
secubit garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 cawan minyak masak untuk menggoreng
sebiji bawang besar di potong wegdes (jika suka)

Cara2:

- di dalam satu mangkuk, satukan isi ayam, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari ayam dan gaul rata.
- setelah itu, panas kan minyak di dalam kuali (kuantiti minyak macam nak goreng ayam seketul2 tu..)
-setelah minyak betul2 panas, masukkan isi ayam tadi dan goreng lah hingga masak kira2 3 minit sahaja. (Memandangkan isi ayam tu telah di potong kecil2 maka masa memasak nyer juga sekejap sahaja)
- setelah ayam masak, angkat dan masukkan ke dalam pinggan yg di lapik tisu untuk menyerap lebihan minyak.
- goreng pula bawang besar yg di wedges hingga wangi dan layu....angkat dan tos kan lebihan minyak.

- tabur kan bawang besar yg di goreng tadi ke atas ayam dan boleh la dimakan. Hehehe...

Tuesday, February 10, 2009

Butter Lobster




Ha...baru2 ni masa aku pegi Labuan, dapat la beli lobster 2kg lebih.....ada la dalam 6 ekor...orait la saiz nyer, tak besar sangat dan tak kecik sangat, sedang2 and semuat my pengukus, hehehe. So dok fikir2 la nak masak cemaner sbb sebelum ni tak penah makan pong lobster...yerlah.....lain la kalu orang kaya..dah tak heran dah makan lobster ni kan? Sekali dok blog hop, tengok kat blog my fren Iena ni dia wat butter lobster...wah sangat la menarik and yang penting sangat la sonang....so I gave it a try. Sedap yang amat! Sesuai juga kalau nak masak ketam or udang. Tengkiu Iena for the delicious recipe!

So ini la resepi nyer....simple jer.



Butter Lobster


Bahan2:

lobster/ketam/udang/ (dibersihkan)




Bahan2 sos: (campurkan kesemua di dalam satu mangkuk)
4 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa

Bahan2 utk tumis:
2 ulas bawang putih, dicincang (chopped garlic)
3 biji cili padi (chopped)- kalau tak suke pedas sangat leh tukar ngan cili besar je.
1 sudu minyak untuk menumis
3 sudu besar butter atau marjerin.



Cara2:
-lobster di bersihkan dan di belah belakang
-sementara itu panaskan kukusan.
-letakkan lobster di dalam pinggan, kemudian kukus la kira2 10 minit (bergantung kepada saiz dan kuantiti lobster, kalu banyak or besar, lama sikit)
-bila dah masak, ketepikan.

untuk sos:

-panaskan minyak dan butter di dalam kuali
- kemudian tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.
-seterusnya masukkan campuran susu, air, garam, dan tepung jagung. Kacau2 hingga nampak sos sedikit pekat, kemudian tutup api. Tuang kan ke atas lobster yang sudah di kukus tadi.
- hidangkan panas2.



Seamonster......ekekeke...


Saturday, February 7, 2009

Lagi Tempahan Kek

Ini pula tempahan kek dari Cikgu Sanisah untuk harijadi anaknye yang ke-7. Dua biji kek with fresh cream. She also ordered karipap worth RM20. Gambar karipap tak de.hehehe....terima kasih Cikgu Sanisah, lain kali order la lagi ya ! Owh..since dia order dua fresh cream kek sekali gus, saya bagi 6 biji cupcakes percuma!