Fried Yam ( Keladi Goreng)



Ada la hari tu my chinese neighbour ni bagi ubi keladi dua ketul. Aku pon suker la sebab aku suka makan keladi goreng. Dulu2 memang tak pernah makan pon keladi goreng ker...keladi rebus ker, pendek kata memang tak pernah makan la segala keladi..sama ada ubi atau batang nyer. Mula makan pon masa kat umah mertua, dia goreng.....wah..sedap jugak keladi goreng...walaupun tidak la semanis ubi keledek.




Keladi Goreng

Bahan:
Ubi keladi di buang kulit, dan di potong bulat2 kira2 1cm tebal,dan dibersihkan (Yam, skinned and cut 1cm thick).




5 sudu besar tepung gandum (flour)
3 sudu besar tepung goreng pisang (apa2 jenama) (you can substitute with rice flour)
secubit garam
minyak secukupnya untuk menggoreng
1/2 cawan air

Cara:
- campurkan kedua2 jenis tepung di dalam mangkuk, masukkan garam, dan air, kacau hingga mendapat adunan yg tidak terlalu pekat mahu pun terlalu cair
- sementara itu, panas kan kira2 2 cawan minyak di dalam kuali
- celupkan ubi kayu ke dalam batter (adunan) , pastikan permukaan ubi itu di salut sempurna dengan adunan, kemudian goreng di dalam minyak yang panas,
- apabila ubi kayu tadi sudah nampak garing dan kekuningan, angkat dan toss kan lebihan minyak.
- boleh la di hidang bersama teh panas.



Comments

WaN dAn Ti said…
k.zana
ubi nie kena rebus ker dulu?
tak payah rebus tie...goreng gitu jer...dalam resepi tu tader sebut kena rebus kan? macam kita goreng ubi keledek jugok tie..
pok_sue said…
KALO REBUS PAS TU GORENG.... PERL WOW......

Popular Posts