Hi !
Salam sejahtera semua....
Memang agak lama saya tak update blog kan ? Bulan puasa ni saya agak sibuk. Sibuk berniaga di Mini Bazaar RAmadhan. Memang saban tahun tiap kalu Ramadhan menjelma saya akan berniaga Ayam Percik dan sedikit kuih muih di Mini Bazaar Ramadhan, Taman Luagan. Have been doing this since 2004 lagi. So bila tak berniaga tu...lain macam pulak rasa. Tempahan kek sepanjang puasa ni agak perlahan...tapi tetap ada. Cuma tidak serancak bulan lain lah.
Untuk tidak membuatkan blog ni di pandang sepi...saya letak kan dua keping gambar kek yang saya terima tempahan untuk hari ni..... :)
Comments