Friday, January 23, 2009

Tempahan Dari Isnani (SMK Bingkor)

Kek ni adalah tempahan dari Isnani (SMK Bingkor) ,cikgu skolah sama ngan my hubby. Kek ni dia nak wat balik kampung dia kat Lahad Datu. Dia nak kek coklat kukus, topped with whipped cream. Hiasan dia kata tak kisah....so pening la jugak aku pikir nak hias cemaner...last2 aku wat camni je....tengkiu Nani for your order, lenkali leh order lagi.



Pancake

Pancakes serves with honey and butter



Saya suka makan pancake, anak2 pon suker. We have pancakes either for breakfast or tea or anytime in betwen, hehehe. Sedap dan senang wat pancake nih and kalau nak makan pulak boleh je nak makan ngan aper2....my all time favourite mistilah dengan madu and butter....anak2 plak suka makan dengan whipped krim dan sos coklat.....kalau tader krim diaorang suka makan dengan susu pekat manis jer. Ni ada resepi pancake yang saya amik dekat sini and saya dapati pancake menggunakan resepi lebih lembut......so ni saya nak share ngan all of you.




Pancakes.

Ingredients:

1 cup (140 grams) all-purpose flour

2 teaspoons (7 grams) baking powder

1/4 teaspoon salt

2 tablespoons (28 grams) granulated white sugar

1 large egg, lightly beaten

1 cup (240 ml) milk

2 tablespoons (28 grams) unsalted butter, melted (saya guna minyak zaitun)

Plus extra melted butter for greasing the pan.


Method:

- satukan tepung gandum, baking powder, garam dah gula di dalam mangkuk besar. Kemudian pukul telur, susu dan mentega yang di cairkan di dalam mangkuk yang berasingan.
- setelah itu satukan adunan telur ke dalam adunan tepung, gaul hingga sekadar adunan bercampur. Sebaiknyer jangan terlebih kacau adunan (supaya tidak liat)malah adalah lebih baik jika adunan itu terdapat sedikit ketulan2 kecil tepung


-panaskan kuali hingga sederhana panas, berus kuali dengan sedikit mentega, kemudian sendukkan adunan pancake ke dalam kuali dan biarkan adunan betul2 masak serta warnanya kecoklatan sebelum di balik2 kan.

-ulang hingga kesemua adunan habis.

- pancake sedap di makan panas2 bersama madu dan mentega. Juga boleh di hidang dengan krim putar dan sos coklat atau sos strawberry. Juga enak di nikmati dengan blueberry topping atau sekadar di cicah dengan susu pekat manis atau gula sahaja.

Friday, January 16, 2009

Fried Yam ( Keladi Goreng)



Ada la hari tu my chinese neighbour ni bagi ubi keladi dua ketul. Aku pon suker la sebab aku suka makan keladi goreng. Dulu2 memang tak pernah makan pon keladi goreng ker...keladi rebus ker, pendek kata memang tak pernah makan la segala keladi..sama ada ubi atau batang nyer. Mula makan pon masa kat umah mertua, dia goreng.....wah..sedap jugak keladi goreng...walaupun tidak la semanis ubi keledek.




Keladi Goreng

Bahan:
Ubi keladi di buang kulit, dan di potong bulat2 kira2 1cm tebal,dan dibersihkan (Yam, skinned and cut 1cm thick).




5 sudu besar tepung gandum (flour)
3 sudu besar tepung goreng pisang (apa2 jenama) (you can substitute with rice flour)
secubit garam
minyak secukupnya untuk menggoreng
1/2 cawan air

Cara:
- campurkan kedua2 jenis tepung di dalam mangkuk, masukkan garam, dan air, kacau hingga mendapat adunan yg tidak terlalu pekat mahu pun terlalu cair
- sementara itu, panas kan kira2 2 cawan minyak di dalam kuali
- celupkan ubi kayu ke dalam batter (adunan) , pastikan permukaan ubi itu di salut sempurna dengan adunan, kemudian goreng di dalam minyak yang panas,
- apabila ubi kayu tadi sudah nampak garing dan kekuningan, angkat dan toss kan lebihan minyak.
- boleh la di hidang bersama teh panas.