Thursday, August 28, 2008

Ayam Masak Paprik

Saya suka berkuah sikit..hehehe



Kalau saya dan keluarga makan kat luar kami suka juga order Ayam Paprik ni, jadi bila dah selalu makan tu rasa macam nak tahu sangat macam mana nak buat resepi sebab rasa nya macam senang jer. Akhirnya saya jumper satu resepi simple yang mudah jer nak buat. Saya jumper kat "dapor" Kak Jun.Tapi saya ada ubah2 sikit la supaya senang skit nak masak, hehehe...actually, dah banyak jugak resepi2 dari dapur Kak Jun yang saya dah cuba. In fact resepi paprik ni pon dah banyak kali saya buat cumer tak sempat nak amik gambar jer. Okaylah....mari kita tengok resepi Ayam Masak Paprik ni yer!




Ayam Masak Paprik

Bahan2(untuk 2-3 orang makan):

200g isi ayam yang di hiris2(bahagian dada atau peha)
3 ulas bawng merah,ditumbuk
3 ulas bawang putih,di ketuk
1 batang serai di titik
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi,di ketuk
sedikit minyak untuk menumis

(campurkan semua bahan di bawah di dalam mangkuk kecil)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air

Sayur:
kobis bunga,di potong kecil
lobak merah, dihiris2
babycorn, di potong2


Cara2:

-Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi,
- masukkan campuran sos2 tadi,kacau2 sekejap, kemudian masukkan sayur2,ayam,serai,daun limau purut serta cili padi, kacau goreng sehingga masak (kira2 10 minit)
- Sedia untuk di hidang.



*Sedap di makan panas2 dengan nasi putih.Selain ayam boleh juga guna daging dan udang. Anda juga boleh guna sayur2 lain yg anda suka seperti kacang panjang atau kacang buncis, brokoli serta tomato.

Saturday, August 23, 2008

Buttered Prawn

At last! I have found the recipe that I've been searching for. I think this is the exact recipe of buttered prawn that most of us have in the restaurant. There were so many versions and recipes of buttered prawn I have found through the internet but none of them turned out to be like the prawns that I had outside..so I'd like to share with all of you those prawns lovers the recipe. I haven't tried it yet , but I will..for sure. The best part of this recipe is this step by step video I found on you tube! Enjoy!



Buttered prawn

Ingredients :

200g Prawns, cleaned and with shells on.
2 egg yolks
curry leaves
chopped chillies
butter or margerine , lots of it.
evaporated milk

Method:
please watch the video, hehehe.